Tuesday, March 8, 2011

~FRUST DALAM BERCINTA~!!




Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living,“jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”
p/s: copy paste dari blog ustaz pahroi mohd joi...seorang penulis yg sangat bestt!!juz sharingggg!! (^_^)

Saturday, March 5, 2011

BACA JANGAN X BACA!!!!

kesesatan yang nyata...

Pluralisme Agama dan Faham Sekularisme sama Sesat



1. Islam adalah ad Deen [ Minhaajul Hayah ] atau cara hidup dan ianya adalah suatu yang telah iiktiraf oleh Allah swt Tuhan Yang Maha mencipta sekelian makhluknya termasuk manusia. Islam adalah jalan yang lurus, memimpin manusia dengan petunjuk dan pedoman wahyu Allah swt. Firman Allah swt :

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Al Ana'am : 153

2. Islam adalah agama yang benar dan tiada syak pula pada kebenarannya serta kebenaran yang dibawanya adalah unggul sehingga hari ini malah hingga ke hari kiamat. Ia juga menolak anutan syirik dan berhala serta keercayaan ciptaan manusia dan aliran idealogi yang terpisah dari wahyu Allah swt. Firman Allah swt :

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.  Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang yang ingkar.

Al Baqarah : 23 - 24

3. Menganggap atau mempercayai bahawa Islam adalah sama dengan agama lain jua sebaliknya agama lain dianggap sama dengan agama Islam adalah merupakan tanggapan dan kepercayaan karut yang membatalkan syahaadatain [ dua kalimah syahadah ]. Ini adalah prinsip Islam yang sama sekali tidak boleh disama taraf dengan mana - mana agama atau aliran pemikiran dengan satu pembawaan pluralisme. Firman Allah swt : 

Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang ingkar !  "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan  kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

al Kaafiruun : 1 - 6

4. Firman Allah swt dari surah al Kaafiruun itu adalah nas yang bersifat qatei bahawa pluralisme dalam agama adalah bercanggah dengan prinsip aqidah Islamiyyah. Namun begitu, ia tidak bermakna Islam tidak menghormati agama lain atau dalam erti nilai yang lain ialah Islam tetap menghormati prinsip kebebasan beragama justeru Islam tidak boleh memaksa manusia menganutnya kerana Islam adalah agama yang mesti dianut dengan penuh keinsafan, kesedaran, keyakinan dan kerelaan.

5. Sebagaimana Islam menolak faham pluralisme dalam agama, Islam juga menolak faham sekularisme yang memisahkan agama dari urusan kehidupan seperti memisahkan agama dari urusan pentadbiran negara atau apa yang disebut sebagai "politik suku agama suku" . Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan urusan agama kepada tuhan juga adalah sebahagian dari faham sekularisme yang merosakkan aqidah Islam.

6. Melihat pasaran Islam yang meluas dan cahayanya tidak mungkin boleh dipadam, maka faham sekularisme ini menelurkan aliran pemikiran yang boleh berlunak dengan prinsip sekularisme atau melunakkan ummat Islam lalu ianya disogok kepada ummat Islam yang jahil agar mereka keliru lantas menganggap ia sebahagian dari ajaran Islam,  seperti Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Kontemporary, Islam Tamadun [hadhari] dan lain - lain. Mutaakhir ini diperkenalkan pula oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib satu lagi aliran Islam baru iaitu Islam Sederhana.

7. Aliran pemikiran atau mazhab baru seperti Islam Sederhana ini adalah suatu fitnah bawaan oleh ummat Islam yang jahil tentang Islam. ianya adalah Islam jadian yang tidak mewakili ajaran Islam tulen yang dibawa melalui risalah an Nabawi. Mendakwa bahawa mereka [kerajaan UMNO dan BN hari ini ] membawa dan menawarkan pakej Islam Sederhana kepada dunia hari ini bererti mereka membawa satu pakej Islam yang asing dan berlainan dengan Islam yang wahyukan oleh Allah swt.

[ Jika pakej itu adalah pakej yang serupa dengan ajaran Islam maka kenapa perlu menawarkan pakej yang baru ? kenapa tidak sebut sahaja kami menawarkan Islam yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah saw ? atau mereka mengganggap Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah Islam yang ekstrim ? Islam yang kolot ? Islam yang tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan pada hari ini ?  atau  mereka menganggap bahawa Islam mereka lebih baik dari Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw ? ]

8. Sebagaimana Islam tidak boleh disama taraf dengan agama lain [pluralisme], maka demikian juga Islam tidak mempunyai pakej yang berlainan antara satu zaman pemerintahan dengan zaman pemerintahan yang lain. Zaman Tun Dr Mahathir dibawa pakej Islamisasi, zaman Tun Abdullah Badawi bertukar kepada pakej Islam Hadhari dan kini dizaman Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, sekali lagi pakej itu berubah menjadi Islam Sederhana. Islam apakah sebenarnya yang sedang dijaja oleh UMNO dan BN ini ? melainkan ini adalah satu kebhatilan dan kesesatan aqidah serta fikrah yang mesti ditolak oleh ummat Islam.

9. Pluralisme agama dan faham sekularisme tidak boleh dianut dan diperjuangkan oleh ummat Islam. Justeru itu saya nasihati diri saya sendiri dan seluruh ummat Islam agar berhati - hati dengan konsep 1 Malaysia yang masih kabur konsep dan perlaksanaannya. Jika 1 Malaysia hanya bermaksud membawa semua bangsa bersatu padu menjadi satu dengan prinsip saling hormat menghormati bangsa dan budaya antara satu sama lain maka ia dibenarkan. Namun jika memahami 1 Malaysia yang mengheret persamaan taraf antara pelbagai agama yang wujud dalam negara Malaysia ini, maka ia juga satu pluralisme yang ditolak oleh Islam.

10. Begitulah jika  konsep 1 Malaysia dipisahkan dari prinsip  agama Islam dengan maksud menggerakkan aktiviti berteraskan konsep 1 Malaysia tanpa mengambil kira soal halal dan haram maka ia adalah satu elemen dari faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.


Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, February 8, 2011

~Subhanallah....~



بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai"). Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamubahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racunyang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
 


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Tuesday, January 25, 2011

~JANGAN HAMPIRI ZINA!!!~


JANGAN HAMPIRI ZINA
Baca...Fahami...Hayati...

 
Firman Allah :
“Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).”
(AL-ISRA’ : 32)

KAMI TIDAK BERZINA!
Maaf, saya tidak menuduh kamu berzina tetapi kamu menghampiri zina..

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum2....adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan..

 
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu..
Hari ini,ya...tetapi esok mungkin kamu kecundang..kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya..iblis dan syaitan akan memerangkap kamu..sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman.. tipu daya iblis amat halus..dia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa..jangan pula lupa sejarah! Siapalah kita dibandingkan dgn Adam dan Hawa?? Iblis amat licik..pengalamannya banyak. Dia ada lebih 1001 cara. Ingatlah pesanan Rasulullah Saw :
“janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan”. (Riwayat Tabrani)..
Apabila berduaan antara lelaki dan perempuan, syaitan akan menghembus perasaan berahi. Perasaan ketika itu sukar hendak dikawal..pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.

 
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus pada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms saja. Xpernah bersua muka pon!
Betul..itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pada awalnya mereka tidak bersua muka, tp perasaan mereka pasti bergelora.. lambat launnya, desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret mereka pada satu pertemuan. Ingat, pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ saja.. percayalah, ia pasti berlanjutan dan berterusan.. tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??
Takkan nak berbual-bual pon xboleh?? Itu pon berzina jugak ke??
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya..ada zina betul..ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan..ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi.. begitu juga melihat auratnya itu juga dikira zina mata.. ada satu lagi zina iaitu zina hati..ia berkhayal dgn berahi bersama kekasihnya..alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :
”kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh..kedua-dua kaki juga berzina,dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat pertemuan)..mulut juga berzina,dan zinanya ialah ciuman” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan, lorong, dan pintu menuju kepada perzinaan amat banyak.. Tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perzinaan.



Duduk berdiskusi pelajaran xboleh ke?? Bincang pelajaran sahaja!!Berdiskusi pelajaran?? Betol ker?? Takkan berdiskusi berdua sahaja..takde kawan lain lagi ke? Jangan tipu! Allah Taala tahu apa yang terselit dalam setiap hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau berjaya, cemerlang sekalipon, kalau tak diberkati oleh Allah, kejayaan juga tidak akan diberkat. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah.. janganlah berselindung di sebalik pelajaran yang mulia semata-mata untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah..Allah suka kepada orang yang berilmu. Jagalah batasan dan ketentuan Allah supaya belajar akan menjadi suatu ibadat..kalau berdiskusi macam ni..adakah ditulis dicatat sebagai ibadat oleh malaikat pendampingmu?? Fikirkanlah....

Sungguh!! Bincang pelajaran jer...xbuat ape2 pon...ni study group!
Study group?? Xkan study group berdua sahaja? Nampak lain macam saja..senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Kalau ye pon. Carilah group study ramai sket.. kalau duduk berdua-duaan macam ni..betol ke bincang pelajaran?? Tak nampak macam ada perbincangan pon..takde ape2 catatan perbincangan, buku-buku tak diusik lagi...jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran..yang lain tu....banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!!

Taklah....sungguhh..kami bincang pelajaran!
Baik sunguh awak berdua...takkanlah awak berdua xde perasaan ape2? Kalau awak berdua tidak ada perasaan..tentu awak berdua kurang sihat..ingat! kita bukan malaikat, takde nafsu. Kita manusia..jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan..itulah manusia!

Kami sama-sama belajar dan saling memberi semangat dan motivasi antara kami..
Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Tidak adakah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan merendahkan kaum sejenis kita..ingat..banyak orang yg cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis..perasaan mereka lebih tenang dan tidak terganggu.. malah dapat pula berkat dan rahmat Allah..

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta daripada manusia??
Tidak!! Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah suci yang ada pada manusia.. kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu..tidak!! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami yang tidak mahu berkahwin.. jangan hapuskan naluri itu.. janganlah pula kita berbohong pada diri sendiri. Bukanlah salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.. Cuma..kawal naluri itu supaya ia patuh pada perintah Allah SWT.. jadilah manusia yang sempurna nalurinya..jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia,.. dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu manusia,..

Tentu ada cara secara Islam??
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul : cinta lepas kawin..itulah cinta qudus.. cinta yang bermaruah. Buakn cinta murahan dan jalanan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Ingatlah! Apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik..=) kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kawin, Allah berikan ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW : “tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Riwayat Ibni Majah).

Kalau begitu, cinta remaja semuanya menghampiri kepada perzinaan??
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan mereka turut terusik. Kemudian perasaan di layan. Kemudian teringat dan rindu. Kemudian pertemuan di atur. Selepas itu, duduk berdua-dua. Mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah juga zina. Ditegah berzina.. maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan pasangan semasa sedang bercinta??? Percayalah..percintaan penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan penuh kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon denagn perwatakan yang paling baik, penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi utk memancing hati pasangan lawan. Masa bercinta, jika merajuk, akan ada yang memujuk. Tapi jangan harap lepas kahwin bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak orang yang kecewa dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza selepas berkahwin. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang sgt penyayang, penyabar,sabar menunggu pasangan walaupun terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kawin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepura-puraan dan hipokrit!

Percayalah. Kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah??? Kebahagiaan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan perancangan manusia semata-mata. Allah yang akan menganugerahkan kepada hambaNya yang taat. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah??? Kebahagiaan hidup berubah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentulah prosesnya bukan dengan cara bercinta sebegini. Allah SWT tidak meredhai percintaan begini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun canggung??? Bagaimana pula kesudahannya??

Tanya sikit.....adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta...
Semua itu adalah tipu daya dan perangkap syaitan. Hakikat dan matlamatnya adalah sama. Itulah cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah sama saja, suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Orang yang terlibat dengan budaya “angkat’ ni sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke..motivator ke..semuanya adalah sama..jalan akhirnya akan bertemu dengan lembah perzinaan.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri???
Mengukur maruah diri tidak boleh ditentukan oleh akal atau penilaian manusia semata-mata. Ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan menyatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri dan tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan menyatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Oleh itu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah SWT.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah diri??
Mulia manusia adalah kerana maruah dirinya terus terpelihara. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Sungguh malang sekali bagi orang yang bercinta dan pernah berzina, mereka tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin dengan orang yang beriman. Allah SWT berfirman :
“lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman”
( Surah An-Nur : 3 )
Jika orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin dengan orang yang suci, demikianlah juga orang yang pernah bercinta tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu ketentuan dari Tuhan.

Jadi..orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan ornag yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk diri mereka kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Itulah janji Allah SWT..

Kami telah berjanji sehidup semati..
Apa yang ada pada janji cinta?? Berapa banyak janji cinta yang palsu??? Lelaki..jangan di harap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang.

Si dia ni lain dari yang lain.. dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah rahsia lelaki??? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.. tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki !!

Jadi...perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki???
Tentu. Mana ada orang lelaki yang waras suka pada barang yang “second hand”sedangkan ada barang yang baru. Jangan terkejut jika sesetengah lelaki perempuan seperti kereta yang diletakkan di showroom..perempuan yang tidak makan diganggu dikatakan “display only” . tapi ada perempuan yang boleh “test drive”. Ada pula yang kata, sekadar belanja sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir... sedihkan..jika kita tidak menjaga maruah diri kita, kita dipandang hina dan sinis oleh orang lain.

Masih adakaha orang yang tidak bercinta di zaman serba maju dan canggih ni??
Ya.. masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.. firman Allah Swt:
“dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)..Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”
(Al-Ahzab : 35)

Bagaimana kami ??
Kamu masih ada peluang.. bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan daripada Allah Taala. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan.. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha..
Taubat nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat nasuha memenuhi tiga syarat :
1.      Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.      Menyesal. Menginsafi diri di atas tidak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan.
3.      Berazam,. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat, berilah kekuatan padaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan padaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan Ayah...anakmu berdosa..Engkau telah menjagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu.. Aku curahkan kasih itu kepada orang lain.. Oh Tuhan..hambaMu berdosa...
Amin,Ya Rabb...Moga Allah terima taubat kita...

Kita berpisah kerana Allah..Kalau ada jodoh, tidak ke mana..
Ya Allah..bantulah kami... kini kami datang ke pintuMU mencari redhaMU.. terimalah taubat kami..

Pesanan
“jika remaja dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu”.

-pahala yg tidak diterima ALLAH SWT-

www.news-all.com (138).JPG



Ibnu Mubarak menceritakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadits Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadits manakah menurut Tuan?
Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan kuceritakan.”

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliau pun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.”

Kata beliau selanjutnya, “Tatkala aku menghadap Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkendaraan unta itu.

Selanjutnya beliau menengadah ke langit dan bersabda:
Puji syukur ke hadirat Allah Yang Berkehendak atas makhluk-Nya, ya Mu’adz!
Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin”

Beliau kemudian berkata, ‘Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujjah (argumen).

Hai Mu’adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut derajat pintu itu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikat pula-lah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari.

Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:

“Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!” 



Keesokan harinya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal shaleh yang berkilau, yang menurut malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji.

Sesampainya di langit kedua (ia lolos dari langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit kedua berkata, “Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya. Sebab ia beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya.”
Maka para malaikat pun melaknat orang itu.

Di hari berikutnya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji. Sesampainya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata:

“Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku agar amalan semacam ini tidak pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya. Itu karena salahnya sendiri, ia takabbur di dalam majlis.”


Singkat kata, malaikat Hafadzah pun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, shalat, ibadah haji, dan umrah. Sesampainya pada langit keempat, malaikat penjaga langit berkata:

“Berhenti! Popokkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ‘ujub (rasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri) . Allah memerintahkanku agar amal ini tidak melewatiku. Sebab amalnya selalu disertai ‘ujub.”

Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari. Sesampainya pada langit kelima, malaikat penjaga mengatakan:

“Aku malaikat penjaga sifat hasud(dengki). Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasud kepada orang lain yang mendapat kenikmatan Allah swt. Berarti ia membenci yang meridhai, yakni Allah. Aku diperintahkan Allah agar amalan semacam ini tidak melewati pintuku.”

Lagi, malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wudhu’ yang sempurna, shalat yang banyak, puasa, haji, dan umrah. Sesampai di langit keenam, malaikat penjaga berkata:

“Aku malaikat penjaga rahmat. Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidup ia tidak pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku, dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit. Dan kali ini adalah langit ke tujuh. Ia membawa amalan yang tak kalah baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, shalat, jihad, dan wara’. Suaranya pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat. Tetapi sesampai pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga sum’at (sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan ketenaran dalam setiap perkumpulan, menginginkan derajat tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku dan sampai kepada yang lain. Sebab ibadah yang tidak karena Allah adalah riya. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riya.”
Kemudian malaikat Hafadzah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa shalat, puasa, haji, umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berdzikir kepada Allah. Dengan diiringi para malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan diikhlaskan karena Allah.
Kemudian Allah berfirman:
“Hai Hafadzah, malaikat pencatat amal hamba-Ku, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tatapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untuk- Ku. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi Aku tidak tertipu olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal gaib. Aku mengetahui segala isi hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi tidaklah tersembunyi bagi-Ku. Pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang belum terjadi. Pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas orang-orang terdahulu sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang kemudian.
Aku lebih mengetahui atas sesuatu yang samar dan rahasia. Bagaimana hamba-Ku dapat menipu dengan amalnya. Mereka mungkin dapat menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang gaib. Aku tetap melaknatnya…!”
Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami atas mereka.”
Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan, “Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat.”‘
Sayyidina Mu’adz (yang meriwayatkan hadits ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, “Ya Rasulallah, bagaimana aku bisa selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?”
Jawab Rasulullah, “Hai Mu’adz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan.”
Tanyaku (Mu’adz), “Engkau adalah Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu’adz bin Jabal. Bagaimana aku bisa selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?”
Berkatalah Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam amal ibadahmu. Karena itu, jagalah mulutmu jangan sampai menjelekkan orang lain, terutama kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak menjelekkan orang lain, sehingga sadar bahwa dirimu pun penuh aib. Jangan menutupi kekurangan dan kesalahanmu dengan menjelekkan orang lain. Janganlah mengorbitkan dirimu dengan menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riya dalam beramal, dan jangan mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam majlis agar orang takut dengan keburukan akhlakmu. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan pribadi orang lain, kelak engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan anjing Jahannam, sebagaiman firman Allah dalam surat An-Naziat ayat 2.”
Tanyaku selanjutnya, “Ya Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?”
Jawab Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Mu’adz, yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap suatu hal sebagaimana kau benci bila itu menimpa dirimu. Jika demikian engkau akan selamat.”
Khalid bin Ma’dan meriwayatkan, “Sayyidina Mu’adz sering membaca hadits ini seperti seringnya membaca Al-Qur’an, dan mempelajari hadits ini sebagaimana mempelajari Al-Qur’an di dalam majlis.”



Sumber: Al Ghazali, Minhajul Abidin, dan Bidayatul Hidayah

Monday, January 17, 2011

~KISAH SEBAKUL AIR~~


Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat lah buat, tapi langsung tiada hasil. Malas lah buat perkara sama lagi, tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca (baca: membaca Quran).
Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?
Amad dan Atuk
Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk. Suatu hari Amad bertanya, “Atuk, Amad cuba untuk baca Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekalipun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup Quran. Apa ya kebaikan baca Quran, Atuk?”
Si Atuk menutup Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, “Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk.”
Sebakul air?
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat dari rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi. Atuk memerhatikan gelagat Amad, dari jauh  Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, “Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!”
Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad bilang terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu Amad mencapai baldi.
“Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu.” Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat bakul itu bocor.
“Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong,” kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
“Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu.” Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara – bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
“Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah  bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam”. Amad tersenyum lebar, penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
Cucilah hati.
Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa. ^_^
Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan’sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih nihil, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.

Islamic Hijri Calendar - Paper