Thursday, September 30, 2010

Munafik Sifat Tercela...

Ciri-ciri Orang Munafik
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
 
Riwayat Ahmad
 
 
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Tuesday, September 28, 2010

~AJAL ITU PASTI~

Mati itu pasti bagi semua makhluk yang diciptakanNya..Bila dan bagaimana kematian kita sudah termaktud didalamnya...kita sebagai hamba perlu bersedia untuk menemui kematian...
amalan perlu diperbanyakkan bagi menghadapinya...
hidup di dunia ini cuma sementara...dunia tidak kekal untuk selamanya..
syurga dan neraka menanti kita...sama-sama kita mengingati kematian..
sentiasa muhasabah diri bagi memperbaiki diri kita..tingkatkan amal jariah nescaya kita akan bersedia menghadapi sakaratul maut....

Wednesday, September 1, 2010

~~manusia oh manusia~~

aku selalu pikir nape setiap manusia ue mesti ad sikap yg xpuas hati, dengki n meluat terhadap sm1 ue...smua sikap ue akn membuatkan ikatan ukhwah akn longlai dan putus sekiranya sikap sebegitu tertanam dlm diri seseorg ue...as a manusia kita ad sikap mcm 2...tp adakah kita nk membiarkannya berada dlm diri kita selamanya??hmmm...sama2 kita fikir..adakah positif jika kita mendapat sikap itu????hmm ak rase korang pon ad jawapannya...bila sikap ue ad dlm diri kita, perasaan utk mengumpat, mengadu keburukan seseorg kpd org lain akan automatik ad beb...yg 2 akan menyebabkan pertelingkahan berlaku...Nauzubillah...sikap ue ak rase kena buang jauh2 dlm diri kita, tapi macamane????jawapannya adalah sentiasa dekat denganNya...amalkan segala kebaikan n tinggalkan segala kemungkaran(amar makruf nahi mungkar)..bila kita sentiasa dkt dgnnNya dan selalu buat kebaikan nescaya bnd2 ue akn hilang dlm diri kita...INSYAALLAH...ak harap semua kawan2 aku jauh drpd sikap yg xbaik ini....di bulan Ramadhan yg semakin meninggalkan kita ini, sm2 kita pupuk diri kita utk sentiasa bt kebaikan dan kekalkannya utk bulan2 yg berikutnya....!ALLAHUAKBAR...

Islamic Hijri Calendar - Paper